Seperti yang dijanjikan, pihak admin akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang tema bagi Dental Glam Night 2010 iaitu 'THE SECRET GARDEN'.

Masquerade Party seperti mana yang kita tonton di kaca tv atau mungkin pernah dihadiri , memerlukan tetamunya memakai 'mask' atau topeng muka dimana ia akan menampakkan setiap individu itu kelihatan misteri atau perahsia. Kita juga selalu mendengar tentang sesebuah majlis yang diadakan di dalam taman. Maka dengan itu terhasillah idea 'The Secret Garden' gabungan unik dua jenis tema di atas, Masquerade dan Garden.

Meskipun majlis ini tidak diadakan di dalam taman sebenar, tetapi 'grand ballroom' bakal dihias indah dengan berkonsepkan majlis dalam taman dan anda akn merasakan berada didalam taman sebenar dengan ratusan bunga pelbagai warna menghiasi segenap ruang.
Pihak admin juga dengan berbesar hati meminta semua tetamu yang hadir untuk memakai mask atau topeng muka . Dengan ini, anda akan kelihatan misteri dan membuatkan sesiapa juga akan tertanya tanya identiti sebenar anda.
These scenes so hypnotic
Smoking mirrors, lights and magic,
Paper faces in gold
there's solider boys, beauty queens
everyone's a mystery
Diharap dengan adanya entry ini berjaya merungkai segala persoalan yang terbuku mengenai konsep dan tema majlis makan malam pada tahun ini :)
1 comment:
Post a Comment