RSS

Followers

Wednesday, December 30, 2009

ORGANISASI DENTAL GLAM NIGHT 2010

admin kembali lagi !! admin meminta maaf kepada semua pengunjung blog kerana sehingga ke hari ini, admin masih lagi tidak memaparkan organisasi DENTAL GLAM NIGHT 2010..maaf sekali lagi :) dan atas janji admin kepada semua, admin akan memuatkan entry terbaru akan datang dengan carta organisasi DENTAL GLAM NIGHT 2010 secepat mungkin..!!


ini kerana blog rasmi masih lagi dalam proses dan masih banyak lagi yang perlu dititik beratkan dalam memaparkan entry-entry yang berkaitan dengan DENTAL GLAM NIGHT 2010..juga, blog ini masih lagi belum di war warkan kepada umum, hanya diketahui oleh rakan rakan admin sahaja untuk mendapatkan 'feedback' dari mereka..blog rasmi ini akan berkuatkuasa pada minggu hadapan. . (harap semua bersabar ye, kami pihak admin sudah pasti tidak mengecewakan anda kerana DENTAL GLAM NIGHT 2010 pasti menarik untuk anda ! )


pihak admin mengucapkan selamat tahun baru 2010, semoga lebih bersemangat di tahun baru dengan azam baru dan semester baru !




-admin-

Monday, December 28, 2009

SEUNTAI KATA DARI ADMIN

  • Majlis Makan Malam Fakulti Pergigian merupakan program tahunan anjuran UKM DENSTA yang semestinya dinanti-nantikan oleh seluruh warga Fakulti Pergigian UKM. Majlis Makan Malam Tahunan Fakulti Pergigian adalah satu inisiatif bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf-staf akademik dan sokongan dengan pelajar-pelajar Fakulti Pergigian. Setiap tahun, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menghasilkan graduan-graduan Ijazah Doktor Pergigian, maka dengan adanya program sebegini kejayaan pelajar-pelajar ini dapat diraikan pada semester terakhir mereka di Fakulti Pergigian UKM.


Misi :

  • UKM DENSTA bertekad berganding bahu bersama-sama Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menjadi pusat pendidikan pergigian yang cemerlang dan terkehadapan yang mendahului langkah profesian pergigian, masyarakat dan zamannya, bagi merintis pembetukan ahli profesion pergigian yang sentiasa berilmu terkini, berkemahiran klinikal pada tahap kualiti yang tinggi, berakhlak, berkeperibadian nasional, serta bertanggungjawab mempertingkatkan kualiti pengamalan pergigian di negara ini.