RSS

Followers

Sunday, February 28, 2010

POSTER , BANNER DAN BUNTING TERBARU DENTAL GLAM NIGHT 2010

BANNER


POSTER


BUNTING




MERUNGKAI TEMA 'THE SECRET GARDEN'

Seperti yang dijanjikan, pihak admin akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang tema bagi Dental Glam Night 2010 iaitu 'THE SECRET GARDEN'.





Masquerade Party seperti mana yang kita tonton di kaca tv atau mungkin pernah dihadiri , memerlukan tetamunya memakai 'mask' atau topeng muka dimana ia akan menampakkan setiap individu itu kelihatan misteri atau perahsia. Kita juga selalu mendengar tentang sesebuah majlis yang diadakan di dalam taman. Maka dengan itu terhasillah idea 'The Secret Garden' gabungan unik dua jenis tema di atas, Masquerade dan Garden.






Meskipun majlis ini tidak diadakan di dalam taman sebenar, tetapi 'grand ballroom' bakal dihias indah dengan berkonsepkan majlis dalam taman dan anda akn merasakan berada didalam taman sebenar dengan ratusan bunga pelbagai warna menghiasi segenap ruang.



Pihak admin juga dengan berbesar hati meminta semua tetamu yang hadir untuk memakai mask atau topeng muka . Dengan ini, anda akan kelihatan misteri dan membuatkan sesiapa juga akan tertanya tanya identiti sebenar anda.



These scenes so hypnotic



Smoking mirrors, lights and magic,



Paper faces in gold



there's solider boys, beauty queens



everyone's a mystery




Diharap dengan adanya entry ini berjaya merungkai segala persoalan yang terbuku mengenai konsep dan tema majlis makan malam pada tahun ini :)



Monday, February 22, 2010

PENGUMUMAN TERGEMPAR - PERUBAHAN TEMPAT & TARIKH DGN 2010


PERUBAHAN TEMPAT & TARIKH "DENTAL GLAM NIGHT 2010"


Pihak tertinggi "Dental Glam Night 2010" dengan ini mewar warkan perubahan tempat & masa atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, pihak kami tidak mungkin akan menghampakan harapan semua pihak terutama sekali pelajar Tahun 1 dan pelajar Tahun 5.



Perubahan adalah seperti yang berikut :


DENTAL GLAM NIGHT 2010

TEMA : THE SECRET GARDEN

TARIKH : 19 MAC 2010

TEMPAT : HOTEL GRAND SEASONS KUALA LUMPUR



"WE REMEMBER, WE SHARE"



-admin-