RSS

Followers

Monday, December 28, 2009

SEUNTAI KATA DARI ADMIN

  • Majlis Makan Malam Fakulti Pergigian merupakan program tahunan anjuran UKM DENSTA yang semestinya dinanti-nantikan oleh seluruh warga Fakulti Pergigian UKM. Majlis Makan Malam Tahunan Fakulti Pergigian adalah satu inisiatif bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf-staf akademik dan sokongan dengan pelajar-pelajar Fakulti Pergigian. Setiap tahun, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menghasilkan graduan-graduan Ijazah Doktor Pergigian, maka dengan adanya program sebegini kejayaan pelajar-pelajar ini dapat diraikan pada semester terakhir mereka di Fakulti Pergigian UKM.


Misi :

  • UKM DENSTA bertekad berganding bahu bersama-sama Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menjadi pusat pendidikan pergigian yang cemerlang dan terkehadapan yang mendahului langkah profesian pergigian, masyarakat dan zamannya, bagi merintis pembetukan ahli profesion pergigian yang sentiasa berilmu terkini, berkemahiran klinikal pada tahap kualiti yang tinggi, berakhlak, berkeperibadian nasional, serta bertanggungjawab mempertingkatkan kualiti pengamalan pergigian di negara ini.

No comments: